Pejabat Daerah Johor Bahru

Profil Jabatan

SEJARAH PEMBUKAAN DAERAH

Johor Bahru mula dibuka pada 10 Mac 1855 oleh Temenggung Daeng Ibrahim setelah Sultan Ali Ibni Sultan Husain Syah menyerahkan Negeri Johor kecuali jajahan Kesang kepada Baginda. Kerja-kerja merintis dan membina bandar Johor Bahru atau dahulunya dikenali sebagai Iskandar Puteri dijalankan dari Teluk Belanga, Singapura, tempat tinggal dan juga tempat lahir beberapa tokoh penting dalam sejarah pembangunan Kerajaan Johor Moden.

Kemangkatan Temenggung Daeng Ibrahim pada 31 Januari 1862 telah digantikan oleh Temenggung Abu Bakar. Baginda bertanggungjawab memperkenalkan corak pentadbiran moden kepada Negeri Johor sehingga dikenali sebagai Bapa Johor Moden dan telah menukar nama Iskandar Puteri kepada Johor Bahru. Pada tahun 1889 pusat pemerintahan Negeri Johor telah berpindah dari Teluk Belanga, Singapura ke Johor Bahru. Antara tokoh anak negeri yang terpenting adalah Abdul Rahman Andak (Datuk Seri Amar Diraja), Munsyi Ahmad Ibrahim (Datuk Bentara Dalam), Abdul Samad Ibrahim (Datuk Penggawa Barat) dan Engku Sulaiman Daud.

MATLAMAT

"Menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dan berkualiti serta dapat membawa kemajuan dalam pembangunan daerah selaras dengan dasar-dasar kerajaan"

WAWASAN

"Menjadi sebuah organisasi pentadbiran kerajaan yang cekap, berkualiti, berilmu, komited serta mampu mencorakkan pembangunan daerah yang mampan selaras dengan dasar-dasar kerajaan"

OBJEKTIF

"Menjalankan tugas berasasakan konsep Bersih ,Cekap, Amanah dan Berkesan bagi Menggerak, Menyelaras dan Melaksanakan program serta projek-projek dari semua aspek pentadbiran dan pembangunan bagi memberi perkhidmatan yang seimbang kepada penduduk dan masyarakat selaras dengan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan".

MISI

Merancang dan melaksanakan pembangunan daerah secara efektif dengan dasar-dasar kerajaan dan keperluan masyarakat.

VISI

“Membangunkan Negeri Johor Secara Holistik”

FUNGSI PEJABAT DAERAH NEGERI JOHOR KHIDMAT PENGURUSAN

Menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, keselamatan, pelesenan dan penguatkuasaan, dan majlis keraian daerah.

PENTADBIRAN AM

Melaksanakan Tugas-Tugas Pentadbiran Am yang berkaitan dengan Perkhidmatan, Permohonan Pelan Pelesenan Bangunan.

KEWANGAN

Menguruskan dan mengawal belanjawan, Hasil, Kewangan Am, Inventori dan Pelupusan Harta Modal.

TEKNOLOGI MAKLUMAT

Pusat Pengumpulan Data dan Teknologi Maklumat Jabatan.

PERLESENAN

Memproses dan mengeluarkan lesen-lesen yang berkaitan di dalam daerah mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan melalui enakmen, peraturan dan garis panduan Kerajaan Negeri Johor yang berkuatkuasa.

Membuat tugas-tugas penguatkuasaan lesen di bawah Enakmen hiburan dan tempat-tempat hiburan 1998 serta Enakmen Panggung Wayang dan Permainan Raya 1958 (Enakmen No. 6 Tahun 1958).

PEMBANGUNAN

Merancang dan menyelaras perlaksanaan rancangan pembangunan fizikal dan masyarakat.

PEMBANGUNAN FIZIKAL

Mengenal pasti dan melaksanakan projek-projek pembangunan fizikal daerah.

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti mukim meliputi aspek sosio-ekonomi, keagamaan, pendidikan dan kebudayaan.