Pejabat Daerah Kulai

Profil Jabatan

Kulai sebelum ini adalah sebuah daerah kecil dengan dua buah mukim yang terletak di negeri Johor Darul Ta'zim. Kulai pada mulanya adalah sebahagian daripada Daerah Johor Bahru yang diketuai oleh seorang Penolong pegawai Daerah yang juga menjalankan tugas Penolong Pentadbir Tanah. kini setelah dinaiktaraf menjadi sebuah daerah penuh pentadbirannya diketuai oleh seorang Pegawai Daerah dan diberi nama Kulai.

Asal Pembukaan Dan Kewujudan Nama

Nama Kulai asalnya adalah mengambil sempena satu peristiwa banjir yang mempunyai kisahnya tersendiri. Kejadian banjir ini berlaku sebelum tahun 1890 iaitu pada permulaan Kulai dibuka. Menurut sejarah turun temurun apabila tiba musim hujan kedua-kedua belah Sungai Kulai (Sungai Skudai) pastinya dilanda banjir dan akibatnya berpuluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak ke Pekan. Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Cina hainan turut memanggilnya sebagai "Gui Lai". Bukti nama Gui Lai boleh dilihat pada sebuah papan nama yang ditulis bahasa Cina di Stesen Keretapi Kulai. Namun kerana kesukarannya untuk menulis nama Gui Lai dalam bahasa Cina maka namanya ditukar kepada Kulai dan terus kekal sehingga kini.

Selain dari itu, terdapat juga versi sejarah lain yang menyatakan Kulai mendapat namanya daripada kisah seorang Tunku yang datang ke Kulai untuk mengutip cukai dan berburu. Setiap kali kunjungan, beliau akan dipanggil oleh penduduk tempatan sebagai "Tunku Lai" yang membawa maksud "Tunku Datang". Peristiwa kura-kura bergerak ke Pekan juga dikaitkan dengan Bukit tertinggi di Kulai pada ketika itu yang mana pandangan dari jauh menyerupai bentuk belakang kura-kura. Bukit tersebut dikenali sebagai Bukit Liki dimana terletaknya Bangunan Pejabat Kerajaan Kulai sekarang ini.

Pembentukan Daerah Kulai

Pada 18 Oktober 2006 Kerajaan negeri Johor telah bersetuju dan meluluskan cadangan pembentukan Daerah Kulai yang berkuatkuasa pada 21 Februari 2007 dan diwartakan pada 29 Mac 2007. Melalui kenaikan taraf ini Daerah Kulai kini mempunyai empat buah mukim iaitu mukim Kulai, Senai, Bukit Batu dan Sedenak.

MATLAMAT

"Menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dan berkualiti serta dapat membawa kemajuan dalam pembangunan daerah selaras dengan dasar-dasar kerajaan"

WAWASAN

"Menjadi sebuah organisasi pentadbiran kerajaan yang cekap, berkualiti, berilmu, komited serta mampu mencorakkan pembangunan daerah yang mampan selaras dengan dasar-dasar kerajaan"

Objektif
  1. Meningkatkan Taraf Sosio-EKonomi Masyarakat dengan lebih berkesan
  2. Membentuk perubahan sikap positif masyarakat dalam aspek rohani dan jasmani
  3. Melahirkan masyarakat yang progresif dan inovatif
  4. Memupuk perpaduan masyarakat bagi menjamin keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran negara.
  5. Menyediakan perkhidmatan bertaraf profesional dan mesra pelanggan
Objektif Pejabat Daerah Kulai

Sebagai sebuah jabatan yang utama dan berperanan besar dalam sesebuah daerah, Pejabat Daerah telah menggariskan 8 objektif utama sebagai panduan dalam memajukan daerah ini:-

  1. Untuk membangunkan Kulai daripada daerah yang termundur di dalam Negeri Johor kepada yang diantara yang termaju dalam Negeri Johor.
  2. Membangunkan penduduk Kulai supaya menjadi insan yang terbaik dalam segala bidang, mental, fizikal dan rohani.
  3. Menggunakan sumber manusia sebagai satu pendekatan yang terbaik untuk memajukan mereka dan juga daerah ini ke tahap yang terbaik.
  4. Mengembelingkan segala tenaga awam dan swasta supaya sama-sama bergerak dalam konsep Malaysia in Cooprated, Commited di dalam pembangunan daerah ini.
  5. Menggunakan segala saluran, politik, sosial, agama dan segala pengaruh yang ada untuk medapatkan peruntukan/bantuan dan kemudahan-kemudahan lain bagi memajukan daerah ini.
  6. Memastikan supaya segala lapisan pimpinan sama ada awam mahupun swasta sentiasa peka dengan dasar teknik dan matlamat yang baru ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam matlamat-matlamat wawasan 2020.
  7. Memastikan Pejabat Daerah dan semua pejabat-pejabat yang ada di dalam ini menjadikan Kualiti atau Pendekatan Total Quality Management (TQM) sebagai satu pendekatan yang tidak boleh ditolak ansur untuk mengingkatkan kualiti jabatan-jabatan tersebut.
  8. Menggunakan Hari Kebangsaan sebagai puncak segala kegiatan yang disebutkan di atas dan menjadikannya satu hari yang membanggakan setiap mereka yang berjaya apabila mereka mendapat Anugerah Cemerlang pada perhimpunan raksasa yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sambutan.
Objektif Bahagian Pentadbiran Daerah Kulai
  1. Untuk menentukan pengurusan pentadbiran daerah berjalan dengan baik, cekap, teratur dan berkesan dari segi pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan keselamatan.
  2. Untuk menyedia, memberi dan menyelaras perkhidmatan kepada masyarakat dan mengamalkan konsep bersih, cekap dan amanah selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
  3. Untuk memupuk perpaduan rakyat bagi menjamin keharmonian, kesejahteraan dan ketenteraman awam. iv. Menjalankan fungsi-fungsi pelesenan di bawah Enakmen Panggung Wayang dan tempat hiburan awam dan Enakmen Penulisan Raya.
  4. Menjalankan fungsi protokol, perayaan/keraian/ sosial dan sambutan peringkat Daerah dan peringkat Negeri.
  5. Menguruskan pentadbiran kutipan dan perakaunan hasil.
  6. Menguruskan pentadbiran kewangan dan belanjawan.
  7. Menguruskan pentadbiran Bangunan Pejabat kerajaan.
  8. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kempen-kempen, program dan sebagainya di bawah Arahan Kerajaan.
Objektif Bahagian Pembangunan Daerah Kulai
  1. Menjalankan pentadbiran pengurusan mukim-mukim. - Mukim Senai - Mukim Kulai - Mukim Sedenak - Mukim Bukit Batu
  2. Merancang projek-projek pembangunan melalui Pelan Pembangunan Daerah
  3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti pembangunan masyarakat luar bandar.
  4. Menyelaraskan perancancangan projek-projek pembangunan yang melibatkan berbagai agensi di peringkat daerah.
  5. Menilai projek-projek pembangunan dari segi pelaksanaannya dan keberkesanannya kepada sosio-ekonomi penduduk
  6. Untuk menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dalam bidang pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas.
  7. Menyedarkan masyarakat luar bandar terhadap pandangan dan program kerajaan yang dilaksanakan serta mengubah sikap positif ke arah pelaksanaannya.
Objektif Bahagian Keselamatan Daerah Kulai

Bertanggungjawab di atas keselamatan daerah, membendung dan membasmikan ancaman-ancaman dadah, anasir subversif, golongan pelampau dan mengaturkan ceramah-ceramah keselamatan.