Pejabat Daerah Pontian

PROFIL JABATAN

SEJARAH PEMBUKAAN DAERAH

Daerah Pontian merupakan daerah terkecil dalam Negeri Johor. Nama ‘Pontian’ dipercayai berasal daripada perkataan `PERHENTIAN’ yang bermaksud tempat persinggahan. Kedua-dua muara Sungai Pontian Besar dan Sungai Pontian Kecil pada satu masa dahulu merupakan perhentian tempat perahu berlabuh berlindung dari gelombang dan angin ribut. Perkataan 憄erhentian’ itu lama kelamaan berubah disebut sebagai Pontian. Daerah pontian dibangunkan oleh saudagar dari Singapura iaitu Syed Alsagoff. Dengan sokongan dari Sultan Abu Bakar, beliau telah membuka perusahaan perladangan yang besar pada tahun 1878.

Kini daerah Pontian lebih terkenal dengan perusahaan nenas kerana kesesuaian asas tanahnya dengan tanaman tersebut. Sebuah pusat penyelidikan telah didirikan dan menanam hampir lebih dari 100 jenis tanaman nenas di daerah tersebut seperti Josapine (benih nenas dari negeri Johor) dan Nenas Sarawak. Di sini juga terdapat sebuah Muzium Nenas.Pontian mempunyai keistimewaannya iaitu sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Umpamanya, Pengistiharaan Tanjung Piai sebagai Tanah Pengujung Benua Asia yang menjadikan daerah Pontian sebagai tarikan pelancong yang perlu dilawati.


MATLAMAT

Menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dan berkualiti serta dapat membawa
kemajuan dalam pembangunan daerah selaras dengan dasar-dasar kerajaan


WAWASAN

Menjadi sebuah organisasi pentadbiran kerajaan yang cekap, berkualiti, berilmu, komited serta mampu mencorakkan pembangunan daerah yang mampan selaras
dengan dasar-dasar kerajaan


OBJEKTIF

Membantu pengurusan Pentadbiran Pejabat supaya berjalan dengan cekap, teratur dan berkesan dari segi kewangan, perjawatan, pentadbiran dan keselamatan.

Menyelia, memberi dan menyelaras segala perkhidmatan kepada masyarakat dengan mengamalkan konsep bersih, cekap dan amanah.

Memupuk perpaduan rakyat bagi menjamin keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk dengan lebih berkesan melalui program pembangunan berterusan.

Berhasrat untuk menjadikan masyarakat daerah Pontian sebagai masyarakat yang progresif dan berpendidikan melalui program gotong-royong dalam gerakan pembaharuan.

Menghasilkan perubahan sikap penduduk bagi mencapai kesejahteraan hidup dengan penglibatan mereka dalam pembangunan.

MISI

Membangunkan Negeri Johor secara holistik.


VISI

Merancang dan melaksanakan pembangunan daerah secara efektif sejajar dengan dasar-dasar kerajaan dan keperluan masyarakat.


FUNGSI PEJABAT DAERAH NEGERI JOHOR

KHIDMAT PENGURUSAN
Menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, keselamatan, pelesenan dan
penguatkuasaan, dan majlis keraian daerah.

PENTADBIRAN AM
Melaksanakan Tugas-Tugas Pentadbiran Am yang berkaitan dengan
Perkhidmatan, Permohonan Pelan Pelesenan Bangunan.

KEWANGAN
Menguruskan dan mengawal belanjawan, Hasil, Kewangan Am,
Inventori dan Pelupusan Harta Modal.

TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pusat Pengumpulan Data dan Teknologi Maklumat Jabatan.

PERLESENAN
Memproses dan mengeluarkan lesen-lesen yang berkaitan di dalam daerah mengikut
prosedur-prosedur yang telah ditetapkan melalui enakmen, peraturan dan
garis panduan Kerajaan Negeri Johor yang berkuatkuasa.

Membuat tugas-tugas penguatkuasaan lesen di bawah
Enakmen hiburan dan tempat-tempat hiburan 1998 serta
Enakmen Panggung Wayang dan Permainan Raya 1958 (Enakmen No. 6 Tahun 1958).

PEMBANGUNAN
Merancang dan menyelaras perlaksanaan rancangan pembangunan fizikal dan masyarakat.

PEMBANGUNAN FIZIKAL
Mengenal pasti dan melaksanakan projek-projek pembangunan fizikal daerah.

PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti mukim meliputi aspek
sosio-ekonomi, keagamaan, pendidikan dan kebudayaan.

 

PIAGAM PELANGGAN
Mengeluarkan  Pesanan Kerajaan dan Indent Kerja Projek Pembangunan dalam masa 2 minggu
dari tarikh tawaran diterima.

Menyelesaikan dan menyediakan persediaan bocer untuk tuntutan bayaran projek bekalan dan
perkhidmatan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh tuntutan diterima.

Membuat keputusan atas permohonan lesen-lesen dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan diterima.

Menyiapkan pembinaan rumah SPKR yang diluluskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan
diterima.

Memberi sokongan permohonan bekalan air dan elektrik kepada yang layak dalam tempoh 3 hari
bekerja.

Membuat keputusan atas permohonan mendapatkan Rumah Kerajaan dalam tempoh 2 minggu
dari tarikh permohonan.

Mengeluarkan resit-resit pembayaran dengan serta-merta.

Memberi ulasan dan cadangan-cadangan ke atas pelan layout dan pelan bangunan dalam  
tempoh 1 bulan dari tempoh pelan diterima.

Memberi keputusan ke atas permohonan Pelan Bangunan bagi kawasan Luar Bandar dalam
tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan diterima.