Pejabat Daerah Batu Pahat

Profil Jabatan

OBJEKTIF UMUM

*  Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat dengan lebih berkesan.
*  Membentuk perubahan sikap positif masyarakat dalam aspek rohani dan jasmani.
*  Melahirkan masyarakat yang progresif dan inovatif.
*  Memupuk perpaduan masyarakat bagi menjamin keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran Negara.
*  Menyediakan perkhidmatan bertaraf professional dan mesra pelanggan.


MISI
Membangunkan Negeri Johor secara holistik


VISI
Merancang dan melaksanakan pembangunan daerah secara efektif sejajar dengan dasar-dasar kerajaan dan keperluan masyarakat


MOTTO
Keikhlasan Melaksanakan Amanah


SLOGAN
Melangkah Terus Menuju Kecemerlangan


FUNGSI BAHAGIAN DAN UNIT-UNIT PEJABAT DAERAH BATU PAHAT


PEMBANGUNAN

Merancang dan menyelaras perlaksanaan rancangan pembangunan fizikal dan masyarakat


PEMBANGUNAN FIZIKAL

1. Mengenal pasti dan melaksanakan projek-projek pembangunan fizikal daerah
2. Memantau, menilai dan mengesahkan kemajuan perlaksanaan projek-projek pembangunan fizikal yang dilaksanakan.
3. Mengkaji dan menilai senarai cadangan projek tahunan yang dikemukakan oleh Y.B Wakil Rakyat dan Penghulu untuk dimajukan kepada Pejabat Pembangunan Negeri.
4. Mengurus dan melaksanaakan peruntukan wakil rakyat (Dun & Parlimen) yang diluluskan.
5. Menerima, menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap aduan awam.
6. Memeriksa, menentukan tapak, membuat peraturan-peraturan kerja, memberi ulasan, mengawasi dan pengesahan projek.
7. Menyediakan laporan kemajuan perlaksanaan rancangan-rancangan pembangunan daerah kepada jawatankuasa tindakan daerah dan Pejabat Pembangunan Negeri.
8. Menyedia dan mengurus dokumen-dokumen tawaran/sebutharga dan tender untuk projek Negeri dan Persekutuan.
9. Mengurus kemasukan bekalan elektrik dan air luar Bandar.
10. Mengurus pengambilan balik tanah PBT) dan memberi ulasan permohonan serah balik dan kurnia semula (SBKS) bagi perlaksanaan Projek-projek pembangunan.
11. Menyediakan dan mengeluarkan spesifikasi kerja, pesanan dan inden sehingga ke peringkat proses pembayaran


PEMBANGUNAN MASYARAKAT

1. Mengurus dan menyelaras aktiviti mukim meliputi aspek sosio-ekonomi, keagamaan, pendidikan dan kebudayaan.
2. Menyelaras perlaksanaan program-program lain-lain jabatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.
3. Urusetia Majlis/Setiausaha bagi mesyuarat-mesyuarat majlis rasmi kerajaan, penghulu, JPMM dan JKKK.
4. Menyelaras kursus dan latihan bagi ketua kampong, JKKK, belia dan lain-lain pertubuhan.
5. Menyelia program skim bantuan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).
6. Menyelia program Industri satu daerah satu Industri, satu mukim satu Industri dan satu kampung satu Industri.
7. Panel penasihat kepada program kesihatan, pusat dalam komuniti, persatuan-persatuan sukan, program gerak daya wawasan serta badan amal dan kebajikan.
8. Menyelaras gerak daya wawasan dalam menyediakan profail kampung dan desa cemerlang.
9. Menyelaras bantuan-bantuan am, orang tua, kanak-kanak, orang cacat dan bencana.
10. Mengerakkan sektor perlancongan tradisional dan baru.
11. Mengesahkan kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di mana yang dikhendaki.


KHIDMAT PENGURUSAN


Menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, teknologi maklumat, perlesenan dan penguatkuasaan, majlis keraian dan keselamatan


PENTADBIRAN & KEWANGAN


PENTADBIRAN AM
Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am yang berkaitan dengan hal ehwal perkhidmatan / perjawatan, permohonan pelan bangunan di luar kawasan pihak berkuasa tempatan dan perlesenan / penguatkuasaan.


KEWANGAN
Menguruskan dan mengawal belanjawan, hasil, kewangan am, inventori dan perlupusan harta model.


TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pusat pengumpulan data dan teknologi maklumat jabatan.


MAJLIS DAN KERAIAN
1. Mengurus dan memberi khidmat nasihat protokol, istiadat, aturcara rasmi bagi program-program peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
2. Mengurus dan menyelaras majlis-majlis rasmi yang melibatkan pihak Istana dan Pejabat Menteri Besar Johor.
3. Menyelaras segala peruntukan majlis keraian peringkat daerah.


KESELAMATAN
Mengurus hal-hal berkaitan dengan keselamatan, pengurusan krisis dan bencana, serta lain-lain perkara yang mempunyai kaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam di bawah mekanisme Majlis keselamatan Negara.


PIAGAM PELANGGAN

1. Memberi layanan dan perkhidmatan yang sempurna dan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan di jabatan ini.

2. Menerima dan membantu bagi menguruskan tindakan ke arah menjelaskan atau menyelesaikan bagi aduan / rungutan atau permasalahan pelanggan yang sesuai munasabah dengan cepat, cekap dan berkesan.

3. Urusan permohonan mendapatkan lesen menjual “liquor” dan keputusannya dalam tempoh tiga (3) bulan.

4. Urusan permohonan lengkap bagi mendapatkan lesen hiburan raya dan keputusannya dalam tempoh tiga (3) bulan.

5. Urusan permohonan lengkap bagi mendapatkan lesen wayang gambar / cina / patung / nyanyian dan keputusannya dalam tempoh empat belas (14) hari.

6. Urusan penerimaan bayaran rumah murah sentiasa diterima dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (melainkan hari cuti dan hujung minggu) dan resit terimaan bayaran diberikan selepas sahaja pembayaran dibuat.

7. Urusan proses dan keputusan permohonan mendiami rumah kerajaan dalam masa satu (1) bulan dari penerimaan permohonan.

8. Urusan proses perakuan permohonan pembinaan bangunan dan layout perumahan di luar kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh satu (1) bulan dari penerimaan permohonan yang lengkap.

9. Urusan menguruskan pengeluaran pesanan kerajaan / arahan kerja dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh invois / butiran kerja yang lengkap diterima daripada pelanggan berkaitan.

10. Urusan menguruskan program-program dan projek-projek dalam semua aspek pembangunan yang berkaitan bagi penduduk dan masyarakat dengan penuh keikhlasan, cekap, mesra dan berkesan.

11. Urusan memastikan setiap sudut dan ruang pejabat, bangunan dan persekitaran dalam dan luaran sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, teratur, indah, segar, menarik dan menyenangkan. 

 

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

Pencapaian Piagam Pelanggan secara keseluruhannya adalah 95%.