Pejabat Daerah Johor Bahru

Profil Jabatan

MATLAMAT
“Menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dan berkualiti serta dapat membawa
kemajuan dalam pembangunan daerah selaras dengan dasar-dasar kerajaan”

WAWASAN
“Menjadi sebuah organisasi pentadbiran kerajaan yang cekap, berkualiti, berilmu, komited serta mampu mencorakkan pembangunan daerah yang mampan selaras
dengan dasar-dasar kerajaan”

OBJEKTIF
“Menjalankan tugas berasasakan konsep Bersih ,Cekap, Amanah dan Berkesan bagi Menggerak, Menyelaras dan Melaksanakan program serta projek-projek dari
semua aspek pentadbiran dan pembangunan bagi memberi perkhidmatan yang
seimbang kepada penduduk dan masyarakat selaras dengan dasar yang
telah ditetapkan oleh kerajaan”.


MISI
Merancang dan melaksanakan pembangunan daerah secara efektif dengan
dasar-dasar kerajaan dan keperluan masyarakat.

VISI
“ Membangunkan Negeri Johor Secara Holistik ”


FUNGSI PEJABAT DAERAH NEGERI JOHOR

KHIDMAT PENGURUSAN
Menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, keselamatan, pelesenan dan
penguatkuasaan, dan majlis keraian daerah.

PENTADBIRAN AM
Melaksanakan Tugas-Tugas Pentadbiran Am yang berkaitan dengan
Perkhidmatan, Permohonan Pelan Pelesenan Bangunan.

KEWANGAN
Menguruskan dan mengawal belanjawan, Hasil, Kewangan Am,
Inventori dan Pelupusan Harta Modal.

TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pusat Pengumpulan Data dan Teknologi Maklumat Jabatan.

PERLESENAN
Memproses dan mengeluarkan lesen-lesen yang berkaitan di dalam daerah mengikut
prosedur-prosedur yang telah ditetapkan melalui enakmen, peraturan dan
garis panduan Kerajaan Negeri Johor yang berkuatkuasa.

Membuat tugas-tugas penguatkuasaan lesen di bawah
Enakmen hiburan dan tempat-tempat hiburan 1998 serta
Enakmen Panggung Wayang dan Permainan Raya 1958 (Enakmen No. 6 Tahun 1958).

PEMBANGUNAN
Merancang dan menyelaras perlaksanaan rancangan pembangunan fizikal dan masyarakat.

PEMBANGUNAN FIZIKAL
Mengenal pasti dan melaksanakan projek-projek pembangunan fizikal daerah.

PEMBANGUNAN MASYARAKAT
Mengurus dan menyelaras aktiviti-aktiviti mukim meliputi aspek
sosio-ekonomi, keagamaan, pendidikan dan kebudayaan.