Pejabat Daerah Kulaijaya

Profil Jabatan

 


                                       

 

Kulai sebelum ini adalah sebuah daerah kecil dengan dua buah mukim yang terletak di negeri Johor Darul Ta’zim. Kulai pada mulanya adalah sebahagian daripada Daerah Johor Bahru yang diketuai oleh seorang Penolong pegawai Daerah yang juga menjalankan tugas Penolong Pentadbir Tanah. kini setelah dinaiktaraf menjadi sebuah daerah penuh pentadbirannya diketuai oleh seorang Pegawai Daerah dan diberi nama Kulaijaya.

Asal Pembukaan Dan Kewujudan Nama

Nama Kulai asalnya adalah mengambil sempena satu peristiwa banjir yang mempunyai kisahnya tersendiri. Kejadian banjir ini berlaku sebelum tahun 1890 iaitu pada permulaan Kulai dibuka. Menurut sejarah turun temurun apabila tiba musim hujan kedua-kedua belah Sungai Kulai (Sungai Skudai) pastinya dilanda banjir dan akibatnya berpuluh ekor kura-kura akan muncul di tebing dan bergerak ke Pekan.
  Peristiwa banjir ini juga menyebabkan masyarakat Cina hainan turut memanggilnya sebagai “Gui Lai”. Bukti nama Gui Lai boleh dilihat pada sebuah papan nama yang ditulis bahasa Cina di Stesen Keretapi Kulai. Namun kerana kesukarannya untuk menulis nama Gui Lai dalam bahasa Cina maka namanya ditukar kepada Kulai dan terus kekal sehingga kini.
  Selain dari itu, terdapat juga versi sejarah lain yang menyatakan Kulai mendapat namanya daripada kisah seorang Tunku yang datang ke Kulai untuk mengutip cukai dan berburu. Setiap kali kunjungan, beliau akan dipanggil oleh penduduk tempatan sebagai “Tunku Lai” yang membawa maksud “Tunku Datang”. Peristiwa kura-kura bergerak ke Pekan juga dikaitkan dengan Bukit tertinggi di Kulai pada ketika itu yang mana pandangan dari jauh menyerupai bentuk belakang kura-kura. Bukit tersebut dikenali sebagai Bukit Liki dimana terletaknya Bangunan Pejabat Kerajaan Kulaijaya sekarang ini.

Pembentukan Daerah Kulaijaya

Pada 18 Oktober 2006 Kerajaan negeri Johor telah bersetuju dan meluluskan cadangan pembentukan Daerah Kulaijaya yang berkuatkuasa pada 21 Februari 2007 dan diwartakan pada 29 Mac 2007. Melalui kenaikan taraf ini Daerah Kulaijaya kini mempunyai empat buah mukim iaitu mukim Kulai, Senai, Bukit Batu dan Sedenak.

Objektif

1. Meningkatkan Taraf Sosio-EKonomi Masyarakat dengan lebih berkesan
2. Membentuk perubahan sikap positif masyarakat dalam aspek rohani dan jasmani
3. Melahirkan masyarakat yang progresif dan inovatif
4. Memupuk perpaduan masyarakat bagi menjamin keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran negara.
5. Menyediakan perkhidmatan bertaraf profesional dan mesra pelanggan

Objektif Pejabat Daerah Kulaijaya

sebagai sebuah jabatan yang utama dan berperanan besar dalam sesebuah daerah, Pejabat Daerah telah menggariskan 8 objektif utama sebagai panduan dalam memajukan daerah ini:-

i. Untuk membangunkan Kulaijaya daripada daerah yang termundur di dalam Negeri Johor kepada yang diantara yang termaju dalam Negeri Johor.
ii. Membangunkan manusia Kulaijaya supaya menjadi manusia yang terbaik dalam segala bidang, mental, fizikal dan rohani.
iii. Menggunakan sumber manusia sebagai satu pendekatan yang terbaik untuk memajukan mereka dan juga daerah ini ke tahap yang terbaik.
iv. Mengembelingkan segala tenaga, private dan public supaya sama-sama bergerak dalam konsep Malaysia in Cooprated, Commited di dalam pembangunan daerah ini.
v. Menggunakan segala saluran, politik, sosial, agama dan segala pengaruh yang ada untuk medapatkan peruntukan/bantuan dan kemudahan-kemudahan lain bagi memajukan daerah ini.
vi. Memastikan supaya segala lapisan pimpinan sama ada awam mahupun swasta sentiasa peka dengan dasar teknik dan matlamat yang baru ditetapkan oleh pihak kerajaan dalam matlamat-matlamat wawasan 2020.
vii. Memastikan Pejabat Daerah dan semua pejabat-pejabat yang ada di dalam ini menjadikan Kualiti atau Pendekatan Total Kualiti Management (TQM) sebagai satu pendekatan yang tidak boleh ditolak ansur untuk mengingkatkan kualiti jabatan-jabatan tersebut.
viii. Menggunakan Hari Kebangsaan sebagai puncak segala kegiatan yang disebutkan di atas dan menjadikannya satu hari yang membanggakan setiap mereka yang berjaya apabila mereka mendapat Anugerah Cemerlang pada perhimpunan raksasa yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sambutan.

Objektif Bahagian Pentadbiran Daerah Kulaijya
i. Untuk menentukan pengurusan pentadbiran daerah berjalan dengan baik, cekap, teratur dan berkesan dari segi pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan keselamatan.
ii.  Untuk menyedia, memberi dan menyelaras perkhidmatan kepada masyarakat dan mengamalkan konsep bersih, cekap dan amanah selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
iii. Untuk memupuk perpaduan rakyat bagi menjamin keharmonian, kesejahteraan dan ketenteraman awam.
iv. Menjalankan fungsi-fungsi pelesenan di bawah Enakmen Panggung Wayang dan tempat hiburan awam dan Enakmen Penulisan Raya.
v. Menjalankan fungsi protokol, perayaan/keraian/ sosial dan sambutan peringkat Daerah dan peringkat Negeri.
vi. Menguruskan pentadbiran kutipan dan perakaunan hasil.
vii. Menguruskan pentadbiran kewangan dan belanjawan.
viii. Menguruskan pentadbiran Bangunan Pejabat kerajaan.
ix. Menguruskan pentadbiran Bangunan Pejabat Kerajaan.
x. Merancang, menyelaras dan melaksanakan kempen-kempen, program dan sebagainya di bawah Arahan Kerajaan.

Objektif Bahagian Pembangunan Daerah Kulaijaya

i Menjalankan pentadbiran pengurusan mukim-mukim.
- Mukim Senai
- Mukim Kulai
- Mukim Sedenak
- Mukim Bukit Batu

ii. Merancang projek-projek pembangunan melalui Pelan Pembangunan Daerah
iii. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti pembangunan masyarakat luar bandar.
iv. Menyelaraskan perancancangan projek-projek pembangunan yang melibatkan berbagai agensi di peringkat daerah.
v. Menilai projek-projek pembangunan dari segi pelaksanaannya dan keberkesanannya kepada sosio-ekonomi penduduk
vi. Untuk menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dalam bidang pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas.
vii. Menyedarkan masyarakat luar bandar terhadap pandangan dan program kerajaan yang dilaksanakan serta mengubah sikap positif ke arah pelaksanaannya.

4. Objektif Bahagian Keselamatan Daerah Kulaijaya
Bertanggungjawab di atas keselamatan daerah, membendung dan membasmikan ancaman-ancaman dadah, anasir subversif, golongan pelampau dan mengaturkan ceramah-ceramah keselamatan.