Pejabat Daerah Ledang

Profil Jabatan

MISI
Memajukan Dan Memakmurkan Daerah Melalui Kecekapan Dan Kecemerlangan Perkhidmatan
VISI
Meneruskan Dan Mempertingkatkan Penyediaan Insfrastruktur, Memakmurkan dan Memperkukuhkan Perpaduan Rakyat.
MOTTO
Keikhlasan Melaksanakan Amanah Dan Bertanggungjawab
SLOGAN
Melangkah Terus Menuju Kecemerlangan Dan Kemakmuran
OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan Taraf Sosio-ekonomi Masyarakat Dengan Lebih Berkesan
Membentuk Perubahan Sikap Positif Masyarakat Dalam Aspek Rohani Dan Jasmani
Melahirkan Masyarakat Yang Progresif Dan Inovatif, Memupuk Perpaduan Masyarakat Bagi Menjamin Keselamatan, Kesejahteraan, Keharmonian Dan Kemakmuran Negara
Menyediakan Perkhidmatan Bertaraf Professional Dan Mesra Pelanggan


FUNGSI BAHAGIAN DAN UNIT-UNIT PEJABAT DAERAH LEDANG
PEMBANGUNAN

Merancang dan menyelaras perlaksanaan rancangan pembanguna fizikal dan masyarakat
Pembangunan terbahagi kepada dua (2) :
1. Pembangunan Fizikal
2. Pembangunan Masyarakat

PEMBANGUNAN FIZIKAL
1. Mengenal pasti dan melaksanakan projek-projek pembangunan fizikal daerah.
2. Memantau, menilai dan mengesahkan kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan fizikal yang dilaksanakan.
3. Mengkaji dan menilai senarai cadangan projek tahunan yang dikemukakan oleh Y.B Wakil Rakyat dan Penghulu untuk dimajukan kepada Pejabat Pembangunan Negeri.
4. Mengurus dan melaksanakan peruntukan Wakil Rakyat (Dun & Parlimen) yang diluluskan.
5. Menerima, menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap aduan awam.
6. Memeriksa, menentukan tapak, membuat peraturan-peraturan kerja, memberi ulasan, mengawasi dan pengesahan projek.
7. Menyediakan laporan kemajuan perlaksanaan rancangan-rancangan pembangunan daerah kepada jawatankuasa tindakan daerah dan Pejabat Pembangunan Negeri.
8. Menyedia dan mengurus dokumen-dokumen tawaran / sebutharga dan tender untuk projek Negeri dan Persekutuan.
9. Mengurus kemasukan bekalan elektrik dan air luar bandar.
10. Mengurus pengambilan balik tanah (PBT) dan memberi ulasan permohonan serah balik dan kurnia semula (SBKS) bagi perlaksanaan projek-projek pembangunan.
11. Menyediakan dan mengeluarkan spesifikasi kerja, pesanan dan inden sehingga ke peringkat proses pembayaran.

PEMBANGUNAN MASYARAKAT
1. Mengurus dan meyelaras aktiviti mukim meliputi aspek sosio-ekonomi, keagamaan, pendidikan dan kebudayaan.
2. Menyelaras perlaksanaan program-program lain-lain jabatan, syarikat milik kerajaan dan bdan-badan bukan kerajaan.
3. Urusetia Majlis/Setiausaha bagi mesyuarat-mesyuarat majlis rasmi kerajaan, penghulu, JPMM dan JKKK.
4. Menyelaras kursus dan latihan bagi ketua kampung, JKKK, belia dan lain-lain pertubuhan.
5. Menyelia program skim bantuan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).
6. Menyelia program Industri satu daerah satu Industri, satu mukim satu Industri dan satu kampung satu Industri.
7. Panel penasihat kepada program kesihatan, pusat dalam komuniti, persatuan-persatuan sukan, program gerak daya wawasan serta badan amal dan kebajikan.
8. Menyelaras gerak daya wawasan dalam menyediakan profail kampung dan desa cemerlang.
9. Menyelaras bantuan-bantuan am, orang tua, kanak-kanak, orang cacat dan bencana.
10. Menggerakkan sektor pelancongan tradisional dan baru.
11. Mengesahkan Kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di mana yang dikehendaki.

KHIDMAT PENGURUSAN
Menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, teknolgi maklumat, perlesesan dan penguatkuasaan, majlis keraian da keselamatan

PENTADBIRAN & KEWANGAN
PENTADBIRAN AM
Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am yang berkaitan dengan hal ehwal perkhidmatan / perjawatan, permohonan pelan bangunan di luar kawasan pihak berkuasa tempatan dan perlesenan / penguatkuasaan.
KEWANGAN
Menguruskan dan mengawal belanjawan, hasil, kewangan am, inventori dan pelupusan harta modal.
TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pusat pengumpulan data dan teknologi maklumat jabatan.
PERLESENAN
Memproses dan mengeluarkan lessen-lesen yang berkaitan dalam daerah mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan melalui enakmen, peraturan dan garis panduan kerajaan Negeri Johor yang berkuatkuasa. Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan lesen di bawah enakmen hiburan dan tempat-tempat hiburan 1998.
MAJLIS DAN KERAIAN
1. Mengurus dan memberi khidmat nasihat protokol, istiadat, aturcara rasmi bagi program-program peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
2. Mengurus dan menyelaras majlis-majlis rasmi yang melibatkan pihak Isnana dan PejabatMenteri Besar Johor.
3. Menyelaras segala peruntukan majlis keraian peringkat daerah.
KESELAMATAN
Mengurus hal-hal berkaitan dengan keselamatan, pengurusan krisis dan bencana, serta lain-lai perkara yang menpunyai kiatan dengan keselamatan dan ketenteraman awam di bawah mekanisme Majlis Keselamatan Negara.