Pejabat Daeah Mersing

Profil Jabatan

PEJABAT DAERAH MERSING


VISI

Membangunkan Negeri Johor secara holistik.

MISI

Merancang dan melaksanakan pembangunan daerah secara efektif sejajar dengan dasar-dasar kerajaan dan keperluan masyarakat.


Latar Belakang Pejabat Daerah Mersing

Daerah Mersing terletak di Timur Laut Negeri Johor, di Persisiran Laut China Selatan. Ianya bersempadan dengan Daerah Kluang, Segamat di baratnya, Kota Tinggi di selatannya dan Pahang di utaranya. Mersing merupakan daerah ke-3 terbesar dalam Negeri Johor.

Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang singh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.

Cerita lisan kedua, Kangka adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA’. Sekita tahun 1880, Sungai mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama Mersing. 

Mengikut sejarah, Mersing dibuka pada tahun 1892 oleh Dato’ Bentara Luar, iaitu Mohd Salleh Bin Perang tetapi menurut temubual dengan Encik Hussin Bin Mohamad, Dato’ Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing. Cerita Struktur Organisasi Pentadbiran Daerah Mersing bermula dengan Penubuhan Pejabat Pesuruhjaya Kerajaan, Endau pada tahun 1893 yang berpusat di Endau. Pada tahun 1914, Pentadbiran Daerah kemudiannya berpindah ke Pekan Mersing. Pejabat Pesuruhjaya Kerajaan, Endau telah diubah nama kepada Pejabat Daerah Mersing pada tahun 1931. Pejabat Daerah Mersing kemudiannya berpindah ke bangunan Kompleks Pejabat-Pejabat kerajaan di Jalan Ibrahim pada tahun 1972 dan kekal sehingga kini.

 

 

Fungsi Pejabat Daerah Mersing


BAHAGIAN PEMBANGUNAN
~ Merancang dan menyelaras perlaksanaan rancangan pembangunan fizikal dan masyarakat.

UNIT PEMBANGUNAN FIZIKAL
~ Mengenalpasti, merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan fizikal daerah.

UNIT PEMBANGUNAN MASYARAKAT
~ Mengurus dan menyelaras aktiviti mukim-mukim meliputi aspek sosio-ekonomi, keagamaan, pendidikan dan kebudayaan.
 
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
~ menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, teknologi maklumat, perlesenan dan penguatkuasaan, majlis keraian dan keselamatan.

SEKSYEN PENTADBIRAN AM
~ Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am yang berkaitan dengan hal ehwal perkhidmatan / penjawatan dan permohonan pelan bangunan di luar kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

~ Memproses dan mengeluarkan lesen-lesen yang berkaitan di dalam daerah mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan melalui enakmen, peraturan dan garis panduan Kerajaan Negeri Johor yang berkuatkuasa.

~ Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan lesen di bawah Enakmen hiburan dan tempat-tempat hiburan 1998 serta Enakmen Panggung Wayang dan Permainan raya 1958         ( Enakmen No. 6 Tahun 1958 ).

SEKSYEN KEWANGAN
~ Menguruskan dan mengawal belanjawan, hasil, kewangan am, inventori dan pelupusan harta modal jabatan.

SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT
~ Pusat pengumpulan data dan teknologi maklumat jabatan.

 

 

 


Piagam Pelanggan

1. Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan berkualiti.

2. Kami berjanji untuk mengeluarkan Pesanan Kerajaan dan Inden Kerja dalam masa tujuh (7) hari.

3. Kami berjanji untuk menyelesaikan bayaran tuntutan projek dalam masa dua (2) bulan dari tarik tuntutan         diterima.

4. Kami berjanji untuk mengeluarkan lesen hiburan dan ‘liquor’ dalam masa tiga (3) bulan.

5. Kami berjanji untuk mengeluarkan salinan sijil kerakyatan dalam masa tujuh (7) hari.

6. Kami berjanji untuk menyiapkan rumah PPRT dalam masa tiga (3) bulan.

7. Kami berjanji akan memberi sokongan permohonan bekalan air / api yang layak dalam masa tujuh (7) hari.

8. Kami berjanji akan sentiasa melayani segala rungutan / aduan / masalah pelanggan pada bila-bila masa dengan penuh kemesraan, keikhlasan dan memberikan penjelasannya dalam masa empat belas (14) hari.

 


Obektif Jabatan

• Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat dengan lebih berkesan.

• Membentuk perubahan sikap positif masyarakat dalam aspek rohani dan jasmani.

• Melahirkan masyarakat yang progresif dan inovatif.

• Memupuk perpaduan masyarakat bagi menjamin keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran negara.

• Menyediakan perkhidmatan bertaraf profesional dan mesra pelanggan.


Objektif Bahagian / Unit

OBJEKTIF BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Meningkatkan mutu perkhidmatan pentadbiran, perjawatan, perkhidmatan dan kewangan jabatan dapat dijalankan dengan cekap, licin, teratur dan berkesan mengikut peraturan-peraturan perkhidmatan awam.