Pejabat Daeah Mersing

Profil Pegawai Daerah

                   

                                                            TUAN HAJI MOHD. NASIR BIN ABD. SALAM
                                                                PEGAWAI DAERAH MERSING (N54)

        Haji Mohd. Nasir bin Abd. Salam merupakan Pegawai Daerah Mersing. Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Gred (N41) di Pejabat Daerah Muar pada 20 April 1985. Pada tahun 1988 beliau telah bertukar ke Pejabat Daerah Kluang dengan jawatan sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor Tingkatan Kanan (Ketua Penolong Pengawai Daerah Kluang) mulai 1 Januari 1988. Pada tahun 1991 pula iaitu pada 1 Jun 1991 beliau telah diarahkan bertukar ke Pejabat Tanah Kluang sebagai Penolong Pentadbir Tanah II Kluang.

Selepas itu, beliau diarah bertukar ke Pejabat Tanah Johor Bahru sebagai Penolong Pentadbir Tanah I Daerah Johor Bahru pada 1 Jun 1995. Pada 10 Mac 1999, beliau telah bertukar dari Pejabat Tanah Johor Bahru ke Pejabat Tanah dan Daerah-Daerah Kecil Rengit sebagai Penolong Pegawai Daerah/Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit. Pada tahun 2000 beliau mendapat perintah bertukar ke Majlis Daerah Kulai dan bertugas sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kulai mulai 16 September 2000.

Selain itu, pada 1 Januari 2004 beliau telah melapor diri sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Muar. Beliau mendapat arahan bertukar ke Pejabat Daerah Muar berkuatkuasa mulai dari 1 September 2004 sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah Muar. Pada 16 Januari 2007 beliau diarahkan bertukar ke Pejabat Tanah Segamat sebagai Pentadbir Tanah Segamat (memangku Gred N52). Oleh itu, beliau telah melapor diri di Jabatan Agama Johor sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (memangku gred N54) pada 16 Julai 2010.

Justeru itu, beliau diarah bertukar dari Jabatan Agama Negeri Johor ke Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor sebagai Timbalan Pengawai Kewangan (memangku gred N54) mulai 1 Jun 2011. Pada tahun 2012 diarah bertukar dari Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor Gred (N54) ke Pejabat Daerah Mersing sebagai Pegawai Daerah Mersing mulai 9 Julai 2012 sehingga kini.