Pejabat Daerah Segamat

Profil Jabatan

PENGENALAN LATAR BELAKANG DAERAH SEGAMAT

Penaklukan Melaka oleh Portugis pada Ogos 1511 menyebabkan Sultan Melaka dan pembesar-pembesarnya melarikan diri termasuk Bendahara Tepuk.  Bendahara Melaka yang lumpuh ini bersama-sama pengikut nya yang diketuai oleh seorang panglima bernama Selamat Gagah menuju ke satu kawasan yang diliputi hutan tebal, mempunyai banyak paya dan beberapa bukan pengkalan.
Pada suatu petang yang ketika itu cuacanya begitu panas, Bendahara Tepuk telah diusung oleh Selamat Gagah untuk membolehkan Bendahara merendamkan badannya di dalam air di pengkalan.  Selepas merendam badannya itu,  Bendahara lantas memberitahu Selamat Gagah bahawa badannya terasa amat segar.  Kajian menunjukkan bahawa kononnya daripada ungkapan ‘SEGAR AMAT’ yang dilafazkan oleh Bendahara itu lahirlah nama ‘SEGAMAT’. 
Bendahara lantas memberitahu Selamat Gagah Bahawa badannya terasa amat segar.  Kajian Menunjukkan bahawa kononnya daripada ungkapan
‘SEGAR AMAT’  yang dilafazkan oleh Bendahara itu Lahirlah nama ‘SEGAMAT’

Terdapat pula cerita setelah rombongan Bendahara Tepuk selamat sampai di kawasan pengkalan, Selamat Gagah yang dalam keadaan letih selepas
mengosongkan Bendahara sepanjang perjalanan itu lantas berteriak dengan penuh kegembiraan ‘KITA SELAMAT’ Kononnya daripada teriakan ‘KITA SELAMAT’ itu lahirlah Nama ‘SEGAMAT’.

Untuk mengetahui peranan Pejabat Daerah Segamat maka perlu diketahui serba sedikit mengenai daerah ini. Daerah Segamat merupakan salah satu daripada sepuluh daerah terdapat di Negeri Johor. Kedudukan Daerah Segamat agar strategik kerana ia bersempadan dengan Negeri Sembilan,Melaka dan Negeri Pahang.

Luas kawasan daerah ini adalah 286 656 hektar. Jumlah penduduk seramai 182 985 orang (bagi bancian tahun 2010). Di daerah ini terdapat 11 mukim, 11 orang penghulu, 58 buah Kampung Induk, 135 buah Kampung Rangkaian, 58 Orang Ketua Kampung, 15 orang Ketua Masyarakat Cina dan 4 orang Ketua Masyarakat India.



PROFIL PEJABAT DAERAH SEGAMAT

Sejarah Organisasi Pentadbiran Daerah Segamat bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Ini terbukti dengan makam Bendahara Tepok di Kampung Batu Hampar yang merupakan pembesar utama Kesultanan Johor -Daerah Riau. Semasa pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu Pejabat Pentadbiran dikenali sebagai ’ District Office’ dan dikendalikan oleh beberapa pegawai tentera yang berpangkat Leftenan dengan dibantu oleh anak tempatan berkelulusan sekolah Melayu dan Inggeris. Bermula tahun 1918 pentabiran daerah ini diletak dibawah pentadbiran Negeri yang diperintah oleh Sultan Abu Bakar dan diseliakan oleh Pentadbir Negeri Johor. Ini terbukti kerana pejabat lama yang menempatkan organisasi ini telah digunakan pada tahun 1918 mengikut tarikh yang ada pada bangunan berkenaan.

Selepas mencapai kemerdekaan tahun 1957 , nama “District Office” telah ditukar kepada Pejabat Daerah Segamat dan nama itu kekal hingga sekarang. Semasa di bawah pentadbiran inggeris semua urusan pejabat menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Urusan surat-menyurat dan operasi tertakluk di bawah seorang Pegawai Inggeris yang menerima arahan daripada Pesuruhjaya Tinggi Inggeris berpusat di Johor Bahru dan dibantu oleh kakitangan tempatan. Selepas ia diserahkan kepada Kerajaan Negeri Johor, segala urusan perjalanan operasi dikendalikan menggunakan Bahasa melayu selaras dengan dasar kerajaan yang ingin mendaulatkan bahasa kebangsaan. Menurut sejarah, Bangunan awal Pejabat Daerah Segamat yang digunakan sejak 1918 terletak di tengah pusat bandar beralamat B57 Jalan Omar . selepas itu ia dipindahkan ke bangunan baru pada tahun 1978 hingga 1995 yang mulanya rumah seorang pegawai kanan kerajaan tetapi diubahsuai menjadi bangunan dua tingkat bertempat di JKR 348, Bukit Hampar berhampiran dengan Taman Batu Hampar.

Pejabat lama digunakan untuk menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang lain.Memandangkan bangunan pentadbiran di Bukit hampar ini tidak sesuai lagi digunakan menggikut peredaran zaman , Kerajaan Negeri Johor telah memberi peruntukan yang baru untuk membina sebuah bangunan pentadbiran keajaan yang baru bertempat di Km 5 Jalan Genuang. Bangunan baru ini telah mula beroperasi pada tahun 1995 dan menempatkan juga pentadbiran Pejebat Tanah Daerah Segamat. Pelbagai persedian moden dan terkini disediakan bagi melicinkan lagi pengurusan. Setelah bertukar ke kompleks yang baru.



OBJEKTIF JABATAN

1. Menjalankan tugas berasaskan konsep Bersih, Cekap, Amanah dan Berkesan bagi Menggerak, Menyelaras dan Melaksanakan program serta projek-projek dari semuaa spek pentadbiran dan pembangunan bagi memberi perkidmatan yang seimbang kepada penduduk dan masyarakat selaras dengan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan;
2. Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat dengan lebih berkesan;
3. Membentuk perubahan sikap positif masyarakat dalam aspek rohani dan jasmani;
4. Melahirkan masyarakat yang progresif dan inovatif;
5. Memupuk perpaduan masyarakat bagi menjamin keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran Negara;
6. Menyediakan perkhidmatan bertaraf profesional dan mesra pelanggan.


MISI

Membangunkan Negeri Johor Secara Holistik


VISI

Merancang dan melaksanakan pembangunan daerah secara efektif sejajar dengan dasar-dasar kerajaan dan keperluan masyarakat


MOTTO

Integriti Asas Kualiti


FUNGSI BAHAGIAN DAN UNIT-UNIT PEJABAT DAERAH SEGAMAT

FUNGSI_BAHAGIAN_DAN_UNIT.pdf


PIAGAM PELANGGAN


1. Memberi layanan dan perkhidmatan yang sempurna dan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan di jabatan ini.

2. Menerima dan membantu bagi menguruskan tindakan ke arah menjelaskan atau menyelesaikan bagi aduan / rungutan atau permasalahan pelanggan yang sesuai munasabah dengan cepat, cekap dan berkesan.

3. Urusan permohonan mendapatkan lesen menjual “liquor” dan keputusannya dalam tempoh tiga (3) bulan.

4. Urusan permohonan lengkap bagi mendapatkan lesen hiburan raya dan keputusannya dalam tempoh tiga (3) bulan.

5. Urusan permohonan lengkap bagi mendapatkan lesen wayang gambar / cina / patung / nyanyian dan keputusannya dalam tempoh empat belas (14) hari.

6. Urusan penerimaan bayaran rumah murah sentiasa diterima dari pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (melainkan hari cuti dan hujung minggu) dan resit terimaan bayaran diberikan selepas sahaja pembayaran dibuat.

7. Urusan proses dan keputusan permohonan mendiami rumah kerajaan dalam masa satu (1) bulan dari penerimaan permohonan.

8. Urusan proses perakuan permohonan pembinaan bangunan dan layout perumahan di luar kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh satu (1) bulan dari penerimaan permohonan yang lengkap.

9. Urusan menguruskan pengeluaran pesanan kerajaan / arahan kerja dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh invois / butiran kerja yang lengkap diterima daripada pelanggan berkaitan.

10. Urusan menguruskan program-program dan projek-projek dalam semua aspek pembangunan yang berkaitan bagi penduduk dan masyarakat dengan penuh keikhlasan, cekap, mesra dan berkesan.

11. Urusan memastikan setiap sudut dan ruang pejabat, bangunan dan persekitaran dalam dan luaran sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, teratur, indah, segar, menarik dan menyenangkan.