Pejabat Daerah Tangkak

Profil Jabatan

profile jabatan

SEJARAH PEMBUKAAN DAERAH

Daerah Tangkak adalah sebuah daerah yang baru diwujudkan di negeri Johor, Malaysia. Ibu daerah Tangkak ialah Bandar Tangkak. Sebelum ini Daerah Tangkak dikenali sebagai kawasan Muar Utara. Asalnya daerah ini adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh Sungai Muar. Daerah Tangkak merangkumi bandar Tangkak, Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom, Sagil, Bukit Gambir, Kundang dan Kesang.

Daerah Tangkak merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah di negeri Johor secara rasminya telah menjadi daerah baru pada 9 Jun 2008 bersamaan 5 Jamadilakhir 1429H dirasmikan oleh Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail secara gilang-gemilang dan mempunyai keluasan 239,751 ekar atau 97,024 hektar. Mengikut bancian (2010)penduduknya berjumlah seramai 136,852 orang. Kedudukannya agak strategik di mana ia terletak di negeri Johor bersempadan dengan negeri Melaka, dan Negeri Sembilan. Daerah Tangkak mempunyai 6 Mukim iaitu Tangkak, Serom, Gersik, Bukit Serampang, Kundang dan Kesang. Lokasi Pejabat Tanah Ledang terletak di Jalan Dataran 1, 84900 Tangkak, Johor.

Pada asalnya, nama daerah ini ialah daerah Ledang. Nama tersebut telah diambil bersempena dengan nama sebuah gunung iaitu Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor. Kemudian, pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah memberi perkenan nama "Tangkak" bagi menggantikan nama daerah Ledang.

MISI

Memajukan Dan Memakmurkan Daerah Melalui Kecekapan Dan Kecemerlangan Perkhidmatan

VISI

Meneruskan Dan Mempertingkatkan Penyediaan Insfrastruktur, Memakmurkan dan Memperkukuhkan Perpaduan Rakyat.

MOTTO

Keikhlasan Melaksanakan Amanah Dan Bertanggungjawab

SLOGAN

Melangkah Terus Menuju Kecemerlangan Dan Kemakmuran

OBJEKTIF UMUM

Meningkatkan Taraf Sosio-ekonomi Masyarakat Dengan Lebih Berkesan

Membentuk Perubahan Sikap Positif Masyarakat Dalam Aspek Rohani Dan Jasmani

Melahirkan Masyarakat Yang Progresif Dan Inovatif, Memupuk Perpaduan Masyarakat Bagi Menjamin Keselamatan, Kesejahteraan, Keharmonian Dan Kemakmuran Negara

Menyediakan Perkhidmatan Bertaraf Professional Dan Mesra Pelanggan

FUNGSI BAHAGIAN DAN UNIT-UNIT PEJABAT DAERAH LEDANG PEMBANGUNAN

Merancang dan menyelaras perlaksanaan rancangan pembanguna fizikal dan masyarakat

Pembangunan terbahagi kepada dua (2) :

1. Pembangunan Fizikal

2. Pembangunan Masyarakat

PEMBANGUNAN FIZIKAL

1. Mengenal pasti dan melaksanakan projek-projek pembangunan fizikal daerah.

2. Memantau, menilai dan mengesahkan kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan fizikal yang dilaksanakan.

3. Mengkaji dan menilai senarai cadangan projek tahunan yang dikemukakan oleh Y.B Wakil Rakyat dan Penghulu untuk dimajukan kepada Pejabat Pembangunan Negeri.

4. Mengurus dan melaksanakan peruntukan Wakil Rakyat (Dun & Parlimen) yang diluluskan.

5. Menerima, menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap aduan awam.

6. Memeriksa, menentukan tapak, membuat peraturan-peraturan kerja, memberi ulasan, mengawasi dan pengesahan projek.

7. Menyediakan laporan kemajuan perlaksanaan rancangan-rancangan pembangunan daerah kepada jawatankuasa tindakan daerah dan Pejabat Pembangunan Negeri.

8. Menyedia dan mengurus dokumen-dokumen tawaran / sebutharga dan tender untuk projek Negeri dan Persekutuan.

9. Mengurus kemasukan bekalan elektrik dan air luar bandar.

10. Mengurus pengambilan balik tanah (PBT) dan memberi ulasan permohonan serah balik dan kurnia semula (SBKS) bagi perlaksanaan projek-projek pembangunan.

11. Menyediakan dan mengeluarkan spesifikasi kerja, pesanan dan inden sehingga ke peringkat proses pembayaran.

PEMBANGUNAN MASYARAKAT

1. Mengurus dan meyelaras aktiviti mukim meliputi aspek sosio-ekonomi, keagamaan, pendidikan dan kebudayaan.

2. Menyelaras perlaksanaan program-program lain-lain jabatan, syarikat milik kerajaan dan bdan-badan bukan kerajaan.

3. Urusetia Majlis/Setiausaha bagi mesyuarat-mesyuarat majlis rasmi kerajaan, penghulu, JPMM dan JKKK.

4. Menyelaras kursus dan latihan bagi ketua kampung, JKKK, belia dan lain-lain pertubuhan.

5. Menyelia program skim bantuan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).

6. Menyelia program Industri satu daerah satu Industri, satu mukim satu Industri dan satu kampung satu Industri.

7. Panel penasihat kepada program kesihatan, pusat dalam komuniti, persatuan-persatuan sukan, program gerak daya wawasan serta badan amal dan kebajikan.

8. Menyelaras gerak daya wawasan dalam menyediakan profail kampung dan desa cemerlang.

9. Menyelaras bantuan-bantuan am, orang tua, kanak-kanak, orang cacat dan bencana.

10. Menggerakkan sektor pelancongan tradisional dan baru.

11. Mengesahkan Kerja-kerja bekalan dan perkhidmatan di mana yang dikehendaki.

KHIDMAT PENGURUSAN

Menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, teknolgi maklumat, perlesesan dan penguatkuasaan, majlis keraian da keselamatan