Bantuan

Apa itu RSS?

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengguna Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Johor. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar Kerajaan Negeri Johor dapat menyalurkan maklumat terkini daripada Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor dengan lebih pantas dan berkesan.

Melalui RSS ini juga?

  1. Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak
  2. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam)
  3. Anda dapat mengetahui?maklumat terkini mengenai negeri Johor dengan lebih cepat dan berkesan
  4. Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini
  5. Masukkan pautan ini di dalam kotak tersebut. Pautan http://pdnj.johordt.gov.my/site/siterss_2.0/.

Bagaimana menggunakannya?

  1. Menerusi browser:
    1. Anda memerlukan akaun Google untuk menggunakan RSS Reader secara online ini. Jika belum mempunyai akaun, anda boleh mendaftar sebagai pengguna melalui pautan Google Accounts.
    2. Jika anda sudah mempunyai akaun Google, sila layari pautan Google Reader untuk login akaun anda.
    3. Kemudian, tekan butang di atas sebelah kiri.
    4. Masukkan pautan ini di dalam kotak tersebut. Pautan http://pdnj.johordt.gov.my/site/rss2.0/.
    5. Anda sudah selesai melanggan RSS Portal Rasmi Pejabat Daerah Negeri Johor. Jika terdapat berita terbaru yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi Pejabat Daerah Negeri Johor, berita tersebut akan dipaparkan melalui Google Reader anda.