Soalan Lazim

  1. Apakah itu Laman Web Rasmi PDNJ?
    PDNJ adalah singkatan untuk Pejabat Daerah Negeri Johor. Laman Web Rasmi PDNJ merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Pejabat-Pejabat Daerah seluruh Negeri Johor melalui Internet.


  2. Mengapa Laman Web Rasmi PDNJ diwujudkan?
    Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Johor yang telah disediakan secara online dan Laman Web Rasmi PDNJ diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.


  3. Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Laman Web Rasmi PDNJ?
    Umumnya, Laman Web Rasmi PDNJ boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.


  4. Apakah dasar privasi Laman Web? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?
    Segala akses dan penggunaan anda ke atas Laman Web Rasmi PDNJ tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari ‘Dasar Privasi’ di bahagian bawah setiap halaman.


  5. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Laman Web Rasmi PDNJ?
    Untuk urusan Pentadbiran anda boleh menghubungi:-

    Hal Ehwal Pentadbiran SUK Johor
    Pejabat SUK Bahagian Pengurusan
    Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
    Kota Iskandar,
    79100 Nusajaya, Johor.
    Telefon : 07-266 6070 / 07-266 6071
    Faks : 07-223 4416 / 07-276 5416
    Emel : .(JavaScript must be enabled to view this email address)

    Teknikal dan penyelenggaraan portal :-

    Teknikal dan Penyelenggaran Maklumat
    Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor
    Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
    Kota Iskandar, 79503 Nusajaya,
    Johor Darul Ta’zim
    Telefon : 07-266 6660 / 07-266 6661
    Faks : 07-266 1667 / 07-266 1668
    Emel : .(JavaScript must be enabled to view this email address)